Pages

Tuesday, 20 September 2011

Kaki OH Kaki

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.......  


Pagi ini saya akan berkongsi kisah saya bersama anda semua. 
        Tepat jam 4.13 petang semalam kaki saya terseliuh. . Sebelum jam 4.13 petang saya ligat berjalan kesana sini sehinggalah saya dengan tidak sengaja tertidur pada jam 3, apabila sedar dari tidur, kaki saya kebas tetapi memandangakan saya khuatir lewat ke kelas, saya bangun dengan pantas sehingga menyebabkan kaki terseliuh. Siap bebunyi 'kelekuk' lagi. Kuat bunyinya. Sakitnya hanya Allah yang tahu.
          Mungkin Allah nak menguji ketabahan hamba-Nya ini. Bak kata pepatah, nasi sudah menjadi bubur, apa yang perlu saya buat adalah berusaha mencari alternatif untuk menyembuhkan kaki ini. Sama seperti kehidupan kita, kadang-kadang kita tidak menduga bahawa kita akan ditimpa kesusahan secara drastik. Tetapi adakah kita hanya akan merintih dan meminta perhatian orang lain? Dan adakah tindakan itu akan mengurangkan kesakitan yang kita alami? Renung-renungkan bersama. Sehingga bertemu lagi, assalamualaikum dan salam Sejahtera.

0 comments:

Post a Comment