Agak kekok sebenarnya bila kita perlu melakukan sesuatu yang kita tidak biasa lakukan. setuju?
.... tapi perasaan itu tidak seharusnya dimanja dan dibelai malah kita perlu tangani kelemahan kita dengan bijak sepertimana saya tetap cuba menghasilkan blog saya sendiri atas arahan daripada pensyarah saya, En. Ab Aziz Yatim.
Pada mulanya saya merasakan bahawa saya antara yang akan kalah sebelum berjuang kerana tidak pandai dalam berteknologi sebegini tetapi apa yang perlu ditakutkan, cuba sahaja dulu baru kita mampu mengukur sejauh mana kebolehan kita.
Jadi, saya SAHUT cabaran En. Aziz untuk menghasilkan blog yang berjaya menarik perhatian dan penuh dengan informasi.
Tetapi seandainya ada salah dan silap saya, tanpa rasa tersinggung saya sudi menerimanya =).
Apa tunggu lagi? rajin-rajin la menegur saya, si gadis ungu yang masih baru belajar..
Sekain dahulu dari si gadis ungu. Sehingga bertemu lagi di lain masa. Salam dan Selamat Sejahtera....
0 comments:
Post a Comment