Thursday, 27 October 2011

Kasihnya Ibu............

Salam n Selamat Sejahtera sumer

Dalam jam 10 malam tadi aku mendapat panggilan telefon dari mak. Suara mak kedengaran seperti baru lepas menangis. mak hanya mengatakan bahawa beliau akan tiba di rumahku tidak lama lagi dan mengarahkan aku untuk bersedia.

Mak tidak memaklumkan kepadaku bahawa beliau ingin ke KL tetapi kenapa tiba2 beliau kesana? Adakah abah diserang jantung lagi? atau adakah mak bergaduh dengan abah dan melarikan diri hingga ke KL. mana mungkin mak membuat tindakan sebegitu. Semarah mana mak pada abah, mak tidak pernah keluar dari rumah tanpa izin abah.

Setibanya mak di rumahku. Aku dikhabarkan bahawa mereka ingin menziarahi mekcik di sungai buloh yang sedang menjalani pembedahan jantung. Separuh lega hatiku mengenangkan andaianku tadi salah tetapi aku kembali risau memikirkan keadaan makcikku. semoga beliau dipermudahakn urusan dan cepat sembuh.

Walaubagaimapaun, bukan itu yang aku ingin ceritakan tetapi mengenai barang pemberian mak kepadaku tadi iaitu sebekas kuih simpul kasih dan sepapan bersaiz besar coklat cadbury. Memang menjadi kebiasaan bagi mak untuk membelikan aku coklat jika beliau singgah atau mengirimkan makanan kepadaku(tetapi tidaklah selalu, 2 3 bulan sekali) tetapi bila memikirkan yang aku mendapat bahagian yang besar sedangkan coklat kecil yang disertakan sebagai promosi dimakan mak dan adik kecilku. lazimnya anak kecil didahulukan tetapi mak menyimpan bahagian yang besar untukku dan memakan hanya bahagian yang kecil. alangkah terharunya aku.... mak begitu menyayangiku.

Tidak cukup dengan itu, beliau turut membelikan aku sebekas besar kuih simpul kasih yang aku idam-idamkan. terharunya dan gembira sungguh rasa hati. meskipun singgahnya hanya sebentar tetapi kenangan yang ditinggalkan sehayat tidak mampu aku lupakan.


Pernahkan kalian renung kembali apan yang ibu bapa kalian lakukan untuk kalian melebihi orang lain? jiak pernah, tahniah kerana anda sememangnya menghargai pengorbanan ibu bapa anda. jika tidak, mulakanlah sekarang selagi hayat dibadan, selagi nadi masih berdenyut dan selagi malaikat maut menjauhi. hargailah pengorbanan inu bapa kita dan sayangilah mereka meskipun mereka pernah menyakiti hati kita kerana tiada ibu bapa yang tidak pernah sekelumit tidak menyayangi anak-anaknya...
sekian sahaja dari saya sebelum melelapkan mata..
mak, kakak sayang mak sangat3!!! =)
Time Kasih sebab sudi baca entry ini.... Harap awak sumer dapat ilmu yang baru daripada entry ini....Jangan lupa comment yew...


Read more...

Jom Dengar

salam dan Salam Sejahtera semua.....

Dah lama tak masukkan entry baru.... huhuhu
Entry sebelum ni cite pasal lagu The Reason kan? now sy bagi awak sume dengar lak lagu nyer~


Time Kasih sebab sudi baca entry ini.... Harap awak sumer dapat ilmu yang baru daripada entry ini....Jangan lupa comment yew...


Read more...

Wednesday, 21 September 2011

YangTerpilih....

Salam n Salam Sejahtera semua


- Pagi tadi baru tunjuk lagu dekat en Aziz. Orang lain semua dah approve lagu nye. Dah lama tak aktif dengar lagu so lambat sikit la bila orang suruh pilih lagu yang sesuai untuk dibuat lagu motivasi. Tapi, akhirnya saya jumpa juga sebuah lagu lama yang pernah menjadi lagu kegemaran saya. 
- Anda pernah dengar lagu The Reason nyanyian kumpulan Hoobastank tak? 
Pertama kali saya dengar lagu ni masa di Matrik. Videoklip dia pun dah cukup menggambarkan makna lagu tersebut. 
            "Because of you, i changed and because of you i changed again"
Itu la tema lagu tersebut. jangan lupa ye dengar lagu tu. anda boleh tujukan lagu tu kepada siapa sahaja yang anda suka tapi saya lebih suka fokus kepada ibu bapa yang juga punca perubahan anak2 dan demi ibu bapa anak2 ingin berubah. insyaAllah...
sekian dahulu dari saya, Si Gadis Ungu. semoga bertemu lagi di lain masa
Assalamualaikum dan Salam sejahtera 

Time Kasih sebab sudi baca entry ini.... Harap awak sumer dapat ilmu yang baru daripada entry ini....Jangan lupa comment yew...


Read more...

Tuesday, 20 September 2011

Jom Tengok Isu ni.......


Tiba-tiba terasa nak cari maklumat pasal inai dan ternampak wesite http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-pemakaian-inai-bercorak-mengikut-syarak ini. sama-sama lah kita renungkan ye. Sebarang perkongsian amat digalakkan.

Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak

Keputusan: 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
  1. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.
  2. Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalahdibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.
  3. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.
Keputusan (English): 
Ruling On Applying Design Henna In Islam

Decision:

The 88th Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee National Council of Islamic Religious Affairs Malaysia held on 2nd October 2009 has discussed the ruling on applying design henna in Islam. The Committee has decided that:

1. Applying henna in both hands and feet is permissible for women, whether for married or non married women as long as it does not open the door to fitna

2. However, the application is limited to wrists and ankles. The colour of henna should not remain permanent as in tattoos and the henna does not contain doubtful ingredients. As for the pattern and design, the permitted designs are leaves and plant designs. Meanwhile, designs of animal, deities or any design contradictory to Islam are prohibited.

3. Application of henna on the both hands and legs of men is not permissible except to a number of fingers of bridegrooms during marriage ceremonies and for medical purpose.

Time Kasih sebab sudi baca entry ini.... Harap awak sumer dapat ilmu yang baru daripada entry ini....Jangan lupa comment yew...


Read more...

Kaki OH Kaki

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.......  

Pagi ini saya akan berkongsi kisah saya bersama anda semua. 
        Tepat jam 4.13 petang semalam kaki saya terseliuh. . Sebelum jam 4.13 petang saya ligat berjalan kesana sini sehinggalah saya dengan tidak sengaja tertidur pada jam 3, apabila sedar dari tidur, kaki saya kebas tetapi memandangakan saya khuatir lewat ke kelas, saya bangun dengan pantas sehingga menyebabkan kaki terseliuh. Siap bebunyi 'kelekuk' lagi. Kuat bunyinya. Sakitnya hanya Allah yang tahu.
          Mungkin Allah nak menguji ketabahan hamba-Nya ini. Bak kata pepatah, nasi sudah menjadi bubur, apa yang perlu saya buat adalah berusaha mencari alternatif untuk menyembuhkan kaki ini. Sama seperti kehidupan kita, kadang-kadang kita tidak menduga bahawa kita akan ditimpa kesusahan secara drastik. Tetapi adakah kita hanya akan merintih dan meminta perhatian orang lain? Dan adakah tindakan itu akan mengurangkan kesakitan yang kita alami? Renung-renungkan bersama. Sehingga bertemu lagi, assalamualaikum dan salam Sejahtera.

Time Kasih sebab sudi baca entry ini.... Harap awak sumer dapat ilmu yang baru daripada entry ini....Jangan lupa comment yew...


Read more...

Monday, 19 September 2011

Homework.......

Salam dan Selamat Sejahtera kepada semua....


Agak kekok sebenarnya bila kita perlu melakukan sesuatu yang kita tidak biasa lakukan. setuju?
.... tapi perasaan itu tidak seharusnya dimanja dan dibelai malah kita perlu tangani kelemahan kita dengan bijak sepertimana saya tetap cuba menghasilkan blog saya sendiri atas arahan daripada pensyarah saya, En. Ab Aziz Yatim.
  Pada mulanya saya merasakan bahawa saya antara yang akan kalah sebelum berjuang kerana tidak pandai dalam berteknologi sebegini tetapi apa yang perlu ditakutkan, cuba sahaja dulu baru kita mampu mengukur sejauh mana kebolehan kita.
   Jadi, saya SAHUT cabaran En.  Aziz untuk menghasilkan blog yang berjaya menarik perhatian dan penuh dengan informasi. 
  Tetapi seandainya ada salah dan silap saya, tanpa rasa tersinggung saya sudi menerimanya =).
   Apa tunggu lagi? rajin-rajin la menegur saya, si gadis ungu yang masih baru belajar..
Sekain dahulu dari si gadis ungu. Sehingga bertemu lagi di lain masa. Salam dan Selamat Sejahtera....

Time Kasih sebab sudi baca entry ini.... Harap awak sumer dapat ilmu yang baru daripada entry ini....Jangan lupa comment yew...


Read more...