Pages

Thursday, 27 October 2011

Kasihnya Ibu............

Salam n Selamat Sejahtera sumer

Dalam jam 10 malam tadi aku mendapat panggilan telefon dari mak. Suara mak kedengaran seperti baru lepas menangis. mak hanya mengatakan bahawa beliau akan tiba di rumahku tidak lama lagi dan mengarahkan aku untuk bersedia.

Mak tidak memaklumkan kepadaku bahawa beliau ingin ke KL tetapi kenapa tiba2 beliau kesana? Adakah abah diserang jantung lagi? atau adakah mak bergaduh dengan abah dan melarikan diri hingga ke KL. mana mungkin mak membuat tindakan sebegitu. Semarah mana mak pada abah, mak tidak pernah keluar dari rumah tanpa izin abah.

Setibanya mak di rumahku. Aku dikhabarkan bahawa mereka ingin menziarahi mekcik di sungai buloh yang sedang menjalani pembedahan jantung. Separuh lega hatiku mengenangkan andaianku tadi salah tetapi aku kembali risau memikirkan keadaan makcikku. semoga beliau dipermudahakn urusan dan cepat sembuh.

Walaubagaimapaun, bukan itu yang aku ingin ceritakan tetapi mengenai barang pemberian mak kepadaku tadi iaitu sebekas kuih simpul kasih dan sepapan bersaiz besar coklat cadbury. Memang menjadi kebiasaan bagi mak untuk membelikan aku coklat jika beliau singgah atau mengirimkan makanan kepadaku(tetapi tidaklah selalu, 2 3 bulan sekali) tetapi bila memikirkan yang aku mendapat bahagian yang besar sedangkan coklat kecil yang disertakan sebagai promosi dimakan mak dan adik kecilku. lazimnya anak kecil didahulukan tetapi mak menyimpan bahagian yang besar untukku dan memakan hanya bahagian yang kecil. alangkah terharunya aku.... mak begitu menyayangiku.

Tidak cukup dengan itu, beliau turut membelikan aku sebekas besar kuih simpul kasih yang aku idam-idamkan. terharunya dan gembira sungguh rasa hati. meskipun singgahnya hanya sebentar tetapi kenangan yang ditinggalkan sehayat tidak mampu aku lupakan.


Pernahkan kalian renung kembali apan yang ibu bapa kalian lakukan untuk kalian melebihi orang lain? jiak pernah, tahniah kerana anda sememangnya menghargai pengorbanan ibu bapa anda. jika tidak, mulakanlah sekarang selagi hayat dibadan, selagi nadi masih berdenyut dan selagi malaikat maut menjauhi. hargailah pengorbanan inu bapa kita dan sayangilah mereka meskipun mereka pernah menyakiti hati kita kerana tiada ibu bapa yang tidak pernah sekelumit tidak menyayangi anak-anaknya...
sekian sahaja dari saya sebelum melelapkan mata..
mak, kakak sayang mak sangat3!!! =)
Time Kasih sebab sudi baca entry ini.... Harap awak sumer dapat ilmu yang baru daripada entry ini....Jangan lupa comment yew...


Read more...

Jom Dengar

salam dan Salam Sejahtera semua.....

Dah lama tak masukkan entry baru.... huhuhu
Entry sebelum ni cite pasal lagu The Reason kan? now sy bagi awak sume dengar lak lagu nyer~


Time Kasih sebab sudi baca entry ini.... Harap awak sumer dapat ilmu yang baru daripada entry ini....Jangan lupa comment yew...


Read more...